KOTA KINABALU, 28 Nov (Bernama) -- Usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah terus dipergiat dengan kerja-kerja pembaikan menara penghantaran sedang dilaksanakan bagi memastikan bekalan kembali pulih sepenuhnya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
"Saya telah diberikan taklimat dan makluman oleh pihak Sabah Electricity dan mereka sekarang bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah ini dan menyambung semula tenaga ke Pantai Timur seperti biasa. Menara itu dijangka siap dalam masa enam hari.
"Jadi, sekarang mereka menggunakan simpanan (reserve) yang lain dan saya dimaklumkan keadaan bertambah baik, mungkin ada sedikit-sedikit sana yang kekurangan bekalan tetapi pihak Sabah Electricity akan cuba menyelesaikan sebaik mungkin untuk rakyat kita di Pantai Timur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-28, di sini.
Lagi berita akan menyusul...
-- BERNAMA