KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Isnin.
Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 meningkat 1.0 mata kepada 1,547.0 dan kontrak Disember 2026 kekal tidak berubah pada 1,546.0.
Kontrak Mac 2027 menambah 2.0 mata kepada 1,530.0, manakala kontrak Jun 2027 merosot 2.5 mata kepada 1,527.5.
Jumlah dagangan menyusut kepada 8,404 lot berbanding 11,130 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 43,014 kontrak daripada 45,145 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 7.46 mata kepada 1,549.05 berbanding 1,556.51 ketika ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA