Am 02/11/2026 08:15 PM

Dua Maut, Seorang Parah Nahas Alza dan Bas Persiaran

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Dua Maut, Seorang Parah Nahas Alza dan Bas Persiaran
Kredit: JBPM Perak

IPOH, 2 Nov (Bernama) -- Dua maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan Perodua Alza dan bas persiaran di Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 1.40 tengah hari.

Beliau berkata Perodua Alza dinaiki tiga beranak, iaitu pemandu berusia 64 tahun, isterinya 58 tahun yang duduk di tempat penumpang hadapan dan anak lelaki 28 tahun di bahagian belakang.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

“Pemandu dan penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pemandu dan dua pembantu serta 30 penumpang bas persiaran itu tidak cedera.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan manakala mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Gerik.

-- BERNAMA