Am 22/10/2026 09:21 PM

Kefahaman Kenegaraan, Jati Diri Nasional Perlu Terus Diperkasakan - Anwar

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Kefahaman Kenegaraan, Jati Diri Nasional Perlu Terus Diperkasakan - Anwar
Kredit : FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Usaha memperkukuh kefahaman kenegaraan, jati diri nasional dan semangat kebersamaan perlu terus diperkasakan bagi membina negara bangsa yang utuh, berteraskan sejarah, nilai dan cita-cita bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu penting, khususnya dalam kalangan belia sebagai pewaris kepimpinan negara.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan bagi meneliti pelaksanaan dan perancangan program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).

-- BERNAMA