9jam ago
KUCHING, 31 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, AirBorneo hari ini secara rasmi membuka jualan tiket bagi laluan terus baharunya yang menghubungkan Kuching dengan ibu negara Indonesia, Jakarta bermula 13 November.
11jam ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam fasa konsolidasi minggu depan dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 dengan kecenderungan positif secara sederhana.
11jam ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka bergerak dalam julat terhad dengan kecenderungan sedikit menurun minggu depan, kata seorang penganalisis.
11jam ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak menentu minggu depan dengan harga diunjurkan bergerak dalam lingkungan RM4,100 hingga RM4,250 setiap tan, berikutan kebimbangan terhadap paras stok yang tinggi.
23jam ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ni Hsin Group Bhd tidak tahu menahu sebarang khabar angin atau laporan berhubung perniagaan dan hal ehwal kumpulan itu yang mungkin menjadi punca kepada kejatuhan mendadak harga sahamnya serta jumlah dagangan yang tinggi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan dengan lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran tunai yang kukuh.
1hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika peniaga menilai semula jangkaan mengenai kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah utama, kata penganalisis.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian terhadap saham mewah terpilih khususnya kaunter perkhidmatan kewangan, di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) membantu memperkukuh hubungan perdagangan Malaysia dan Palestin selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengiktiraf Palestine Standards Institution (PSI) sebagai badan pensijilan halal asing di Palestin.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- GIIB Holdings Bhd menyatakan tiada perkembangan korporat yang belum diumumkan yang boleh menjelaskan aktiviti dagangan luar biasa bagi sahamnya susulan pertanyaan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung penurunan mendadak harga saham syarikat itu.