BERITA TERKINI   Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | Fahmi Fadzil lancar Parcel Shield, inisiatif anti-penipuan berkaitan bungkusan diterajui Postal Forum | PRN Melaka: PH akan ketengah dasar, idea, rekod kerja dan keupayaan calon selesai masalah rakyat - Saifuddin Nasution | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$3,981.1 setiap auns troy daripada US$4,024.9 setiap auns troy pada Khamis, manakala November 2026 turun kepada US$4,003.0 setiap auns troy daripada US$4,040.5 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing turun kepada US$4,017.9 setiap auns auns troy daripada US$4,055.2 setiap auns troy ketika ditutup pada Khamis.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 124 lot berbanding 107 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 65 kontrak daripada 168 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$4,026.3 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 29 Oktober, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner