BERITA TERKINI   Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | Fahmi Fadzil lancar Parcel Shield, inisiatif anti-penipuan berkaitan bungkusan diterajui Postal Forum | PRN Melaka: PH akan ketengah dasar, idea, rekod kerja dan keupayaan calon selesai masalah rakyat - Saifuddin Nasution | 

Ni Hsin Tidak Tahu Menahu Laporan Atau Khabar Angin Sebabkan Harga Saham Jatuh

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ni Hsin Group Bhd tidak tahu menahu sebarang khabar angin atau laporan berhubung perniagaan dan hal ehwal kumpulan itu yang mungkin menjadi punca kepada kejatuhan mendadak harga sahamnya serta jumlah dagangan yang tinggi.

Syarikat itu memaklum perkara tersebut susulan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Securities Bhd awal hari ini.

Pengeluar produk keluli tahan karat itu memaklumkan bahawa ia telah menjual lima juta saham biasa pada 26 Oktober 2026.

Ad Banner
Ad Banner

“Walaupun lembaga pengarah tidak dapat menentukan secara muktamad sama ada penjualan tersebut menyumbang kepada aktiviti dagangan baru-baru ini, ia mungkin telah memberi kesan terhadap jumlah dagangan dan/atau harga saham sekuriti syarikat ,” menurut syarikat itu menerusi makluman kepada Bursa Malaysia.

Ni Hsin memaklumkan kumpulan itu mematuhi Perenggan 9.03 Syarat-Syarat Penyenaraian Bursa Securities berhubung kewajipan membuat pendedahan segera.

Terdahulu, Bursa Malaysia Securities mengemukakan pertanyaan kepada Ni Hsin dan Mega Fortis Bhd susulan penurunan mendadak harga saham kedua-dua syarikat itu hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 27 Okt, Ni Hsin mencadangkan terbitan bonus satu-bagi-dua yang melibatkan sehingga 312.65 juta waran percuma, serta mencadangkan kepelbagaian aktiviti utama sedia ada syarikat dan anak syarikatnya untuk merangkumi perniagaan kenderaan elektrik, yang telah diumumkan pada 8 Sept 2026.

Pada penutup dagangan hari ini, saham Ni Hsin susut 11 sen, atau 29.73 peratus, kepada 26 sen.

-- BERNAMA