BERITA TERKINI   Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Belanjawan 2027

KPM Pastikan Projek Pembangunan Sekolah Yang Diluluskan Dilaksana, Disiapkan - Fadhlina

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan semua projek pembangunan sekolah yang diluluskan akan dilaksanakan dan disiapkan, manakala projek yang terpaksa dibatalkan atas faktor tertentu akan dikemukakan semula untuk kelulusan baharu.

1,600 Keluarga Di Lembah Pantai Terima Baucar Deepavali, Bantu Ringankan Kos Sara Hidup

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kira-kira 1,600 keluarga di kawasan Parlimen Lembah Pantai menerima baucar bernilai RM150 bersempena dengan sambutan Deepavali bagi membantu meringankan kos sara hidup serta persiapan menyambut perayaan itu.

KPWKM Sokong Cadangan Kongsi Cuti Bersalin Dengan Suami

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti cadangan supaya kemudahan cuti bersalin boleh dikongsi antara ibu dan bapa.

Kerajaan Teliti Pelaksanaan AFA Berperingkat Mulai 2027 - Fadillah

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti cadangan memperkenalkan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) berperingkat mulai 2027 bagi memastikan perlindungan bil elektrik lebih adil dan bersasar mengikut kategori pengguna.

Belanjawan 2027 Dijangka Rancakkan Industri Halal Negara, Perluas Pasaran Antarabangsa - Zulkifli

BANGI, 27 Okt (Bernama) -- Pelbagai inisiatif dan insentif yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dijangka merancakkan lagi pembangunan industri halal negara, khususnya dalam memperluas pasaran antarabangsa bagi pemain tempatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

LPT3 Dilaksana Secara PPP, Kos Ditanggung Pembida Berjaya - Nanta

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) sepanjang 122 kilometer akan dilaksanakan secara penswastaan menerusi kaedah Kerjasama Awam Swasta (PPP) - Bidaan Bersaing atau Request For Proposal (RFP), dengan kos pembangunan ditanggung sepenuhnya oleh pembida yang berjaya.

PTPTN Perinci Mekanisme Penangguhan Bayaran Balik, Umum Dalam Masa Terdekat

GEORGE TOWN, 27 Okt (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memperincikan mekanisme pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam berpendapatan rendah seperti diumumkan menerusi Belanjawan 2027.

Belanjawan 2027: Peningkatan Bantuan OKU Ringankan Beban Keluarga

SHAH ALAM, 27 Okt (Bernama) -- Kos pendidikan, rawatan dan peralatan perubatan yang perlu ditanggung secara berterusan menjadi cabaran bagi keluarga Orang Kurang Upaya (OKU), khususnya mereka yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas atau menjaga ahli keluarga terlantar.

STR, SARA Bantu Isi Rumah Hadapi Peningkatan Kos Sara Hidup, Bantuan Jangka Pendek

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) harus kekal sebagai langkah jangka pendek dan bukannya kekal memandangkan program itu direka membantu menangani peningkatan kos sara hidup dan mengekalkan kuasa beli, kata ahli ekonomi.

11 Tahun Untuk Capai RM2,500, Kenaikan Gaji Beri Ruang Fokus Simpanan, Miliki Rumah - Pekerja

BATU GAJAH, 27 Okt (Bernama) -- Mengambil masa 11 tahun untuk mencapai gaji melebihi RM2,500 sebulan, seorang pekerja industri pemasangan kenderaan menyifatkan cadangan gaji permulaan RM2,500 bagi siswazah dan pekerja separa mahir sebagai peluang untuk generasi baharu menikmati kehidupan yang lebih baik.

JBPM Perkukuh Keupayaan Operasi, Teroka Teknologi Baharu

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperkukuh keupayaan operasi dan logistik menerusi usaha pemodenan aset serta penerokaan teknologi baharu termasuk sistem tanpa pemandu yang melibatkan dua unit robot pemadam kebakaran (FFR).

KPKM Gerak Langkah Kesiapsiagaan Hadapi Super El Nino - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggerakkan langkah kesiapsiagaan rentas agensi bagi mendepani fenomena Super El Nino yang sudah mula menunjukkan kesan awalnya di negara ini.