4hari lalu
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kementerian Pertahanan tiada halangan terhadap permohonan Kerajaan Negeri Sarawak supaya Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di Bintulu, berbanding Muara Tebas yang dikenal pasti sebelum ini.
5hari lalu
PASIR MAS, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kelantan bercadang untuk menghubungkan beberapa sungai di sini hingga ke Kuala Pengkalan Nangka di Tumpat bagi melancarkan aliran air dan mengurangkan risiko banjir di lokasi terbabit menerusi projek bernilai kira-kira RM40 juta.
5hari lalu
MELAKA, 26 Okt (Bernama) -- Sumbangan RM1,000 sekali beri kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka amat bermakna buat golongan itu bagi meringankan kos operasi dan menangani peningkatan kos sara hidup.
5hari lalu
SIBU, Okt 26 (Bernama) -- Menambah baik kesalinghubungan udara dan infrastruktur berteknologi tinggi perlu diutamakan di bawah cadangan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) untuk menarik pelaburan, bakat berkemahiran dan industri bernilai tinggi ke bahagian tengah Sarawak, kata usahawan tempatan Dr Gregory Hii Sui Cheng.
5hari lalu
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Penetapan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi menerima tawaran menunaikan haji adalah selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menaikkan bayaran pendaftaran asas dan meningkatkan deposit kelayakan automatik mengikut kos semasa.
5hari lalu
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan pendekatan pendapatan boleh guna bersih (NDI) pada 2027 bagi memastikan penilaian kelayakan bantuan mengambil kira faktor demografi dan liabiliti selain pendapatan, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
5hari lalu
KUANTAN, 26 Okt (Bernama) -- Akses kepada pendidikan dan bimbingan yang bersesuaian amat penting bagi kanak-kanak autistik, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah serta yang tinggal di kawasan luar bandar, bagi membantu mereka mengembangkan potensi sejak usia kecil.
5hari lalu
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Strategi pengukuhan industri hiliran komoditi, isu kekurangan penempatan pelajar kolej kediaman institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan kelewatan perbicaraan Mahkamah Syariah, antara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
6hari lalu
NIBONG TEBAL, 25 Okt (Bernama) -- Pelajar Tingkatan Enam akan menerima elaun sara hidup berjumlah RM2,500 yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 mulai semester pertama tahun depan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.
7hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 menyediakan landasan komprehensif dalam memperkasakan golongan muda menerusi akses peluang pekerjaan berkualiti, latihan kemahiran berteraskan industri serta jaringan perlindungan sosial yang lebih kukuh.
8hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Graduan berpendapatan RM2,501 hingga RM3,000 sebulan hanya perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada kadar minimum RM50 sebulan menerusi kelonggaran yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2027.
8hari lalu
BANGI, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan data dan analitik untuk menambah baik penyasaran subsidi berdasarkan keperluan isi rumah bagi membantu golongan yang paling memerlukan di samping mengekalkan kemampanan fiskal negara.