Politik 28/11/2026 11:37 AM

PRN Sarawak: GPS Menang Tanpa Bertanding Di Lapan Kerusi Setakat 10 Pagi - SPR

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
PRN Sarawak: GPS Menang Tanpa Bertanding Di Lapan Kerusi Setakat 10 Pagi - SPR
Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof (dua kanan) mengiringi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N06 Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman (dua kiri) ke pusat penamaan calon di Dewan Dewan Al Muneerah SMK Petrajaya sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 13 hari ini.

KUCHING, 28 Nov (Bernama) -- Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang tanpa bertanding di lapan daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), selepas tamat proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 10 pagi ini, kerusi berkenaan ialah Gedong yang diwakili Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Tanjong Datu ( Azizul Annuar Adenan) dan Tupong (Fazzrudin Abdul Rahman).

Turut menang tanpa bertanding ialah Yussuf Chik di DUN Simunjan,  Sebuyau (Julaihi Narawi), Beting Maro (Awg Nashfarini Awg Sarbini), Daro (Safiee Ahmad) dan Katibas (Lidam Assan).

Majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri ialah 42 kerusi.

Dapatkan berita terkini PRN Sarawak ke-13 menerusi https://election.bernama.com/prn/sarawak/2026/.

-- BERNAMA