Politik 28/11/2026 10:58 AM

PRN Sarawak: Abang Johari Menang Tanpa Bertanding Di Gedong

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
PRN Sarawak: Abang Johari Menang Tanpa Bertanding Di Gedong
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N26 Gedong, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat tangan selepas diumumkan menang tanpa bertanding di pusat penamaan calon Dewan Masyarakat Gedung sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 13 hari ini.

GEDONG, Nov 28 (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong apabila menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gedong Jamain Wahab ketika mengumumkan keputusan itu pada 10.05 pagi mengesahkan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak menerima borang pencalonan lain ketika proses penamaan calon berlangsung di Dewan Masyarakat Gedong di sini dari pukul 9 hingga 10 pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan buat penggal kedua.

-- BERNAMA