Am 23/11/2026 08:07 PM

Niaga Hadapan Emas Meningkat, Seiring Kenaikan Di COMEX

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan Emas Meningkat, Seiring Kenaikan Di COMEX

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin, sejajar dengan kenaikan di Commodity Exchange (COMEX) Amerika Syarikat.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta November 2026 meningkat kepada US$3,622.3 setiap auns troy daripada US$3,574.9 pada Jumaat, manakala kontrak Disember 2026 naik kepada US$3,637.3 daripada US$3,589.9 dan kontrak Januari 2027 meningkat kepada US$3,638.4 daripada US$3,591.0.

Kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 masing-masing meningkat kepada US$3,666.3 setiap auns troy daripada US$3,618.9 pada penutupan sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 266 lot daripada 346 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 309 kontrak daripada 417 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,569.80 setiap auns troy berdasarkan penetapan harga petang Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA) pada 20 Nov 2026.

-- BERNAMA