Am 11/11/2026 07:57 PM

Kepingan Emas Pertama Anda Mungkin Hadir Dengan Sentuhan Ceria

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Kepingan Emas Pertama Anda Mungkin Hadir Dengan Sentuhan Ceria
Kredit Foto: Lazada Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Maskot e-dagang mungkin bukan perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila membayangkan mengenai kepingan emas, namun gandingan di luar dugaan itulah sebenarnya yang menjadikan kerjasama sulung antara HABIB dengan Lazada begitu istimewa.

Menampilkan Lazzie, maskot Lazada yang riang, koleksi emas satu gram edisi terhad itu membawa karakter ceria kepada sesuatu yang secara tradisinya dihargai kerana nilai serta makna sentimentalnya.

Terhad kepada hanya 500 unit, koleksi ini menampilkan pendekatan baharu terhadap pemilikan emas tanpa menghilangkan nilai dan makna di sebaliknya. Bagi HABIB, kolaborasi ini merupakan peluang untuk menjadikan emas lebih dekat dengan pengguna dan bersifat lebih peribadi, selain memperkenalkan jenama itu kepada golongan pembeli melalui pendekatan berbeza menerusi produk yang dibangunkan secara eksklusif bersama Lazada.

 

Reka bentuk yang menggabungkan identiti kedua-dua jenama

Bagi Pasukan Reka Bentuk Produk Gaya Hidup HABIB, proses kreatif bermula dengan mencari titik persamaan dari segi pengalaman yang ingin ditawarkan kepada pembeli. Lazada memberi tumpuan kepada usaha membantu pengguna meneroka jenama yang dipercayai dan membeli-belah dengan yakin, manakala HABIB sejak sekian lama menjadi sebahagian daripada momen perayaan paling bermakna dalam kehidupan.

Peluang itu dimanfaatkan untuk menghasilkan sesuatu yang mencerminkan keterujaan menemukan sesuatu yang istimewa serta perasaan memiliki atau menghadiahkan sesuatu yang berharga. Idea tersebut direalisasikan menerusi reka bentuk yang ceria, berwarna-warni dan mempunyai ciri tersendiri.

Sebagai fokus utama, Lazzie dengan bangganya mempamerkan kepingan emas tersebut sambil berdiri di atas berlian yang berkilauan.

Warna ungu ikonik HABIB digabungkan dengan warna magenta Lazada, dengan motif LazCoin yang melambangkan pengalaman ganjaran Lazada. Hiasan berlian dan bentuk hati melengkapkan rekaan tersebut, sekali gus menyerlahkan suasana positif, kegembiraan dan keraian, manakala perincian potongan faset berlian pada emas itu sendiri menambah makna dan dimensi pada koleksi berkenaan.

Namun, di sebalik penampilannya, koleksi ini turut membuka ruang buat sebuah kisah yang tersendiri. Bagi mereka yang membelinya sebagai hadiah, ia boleh menjadi simbol pencapaian istimewa atau detik penting yang wajar diraikan. Bagi yang lain, ia mungkin sekadar hadiah untuk diri sendiri sebagai kenangan terhadap sesuatu detik bermakna dalam kehidupan.

Walau apapun acara, reka bentuk yang ceria memberikan ciri tersendiri kepada karya berkenaan, sekali gus menjadikannya lebih daripada sekadar koleksi emas biasa.

Dengan menyasarkan golongan lebih muda, kolaborasi ini menawarkan interpretasi emas yang lebih segar dan ceria. Diinspirasikan daripada minat serta gaya hidup generasi muda masa kini, koleksi ini menampilkan emas sebagai simbol nilai yang kekal abadi dan lambang ekspresi diri moden yang menggabungkan warisan dengan gaya kontemporari.

 

Lebih Daripada Sekadar Emas: Meraikan Kecemerlangan Malaysia Sempena 11.11

Melangkaui koleksi itu sendiri, kerjasama ini turut menawarkan perspektif baharu mengenai keupayaan jenama Malaysia. Sebagai antara jenama barang kemas mewah terkemuka di negara ini, HABIB telah membina reputasinya berasaskan kemahiran pertukangan, kualiti dan kepercayaan.

Namun, seperti yang ditunjukkan menerusi kerjasama ini, sebuah jenama yang mempunyai warisan kukuh juga mampu meneroka pendekatan baharu untuk memberikan kejutan kepada pengguna dan mendekati golongan generasi muda.

Bagi Lazada, kerjasama ini turut memperkukuh mesej yang lebih besar mengenai kepentingan menyokong produk tempatan. Daripada jenama terkenal yang sudah lama bertapak hingga perniagaan tempatan yang sedang berkembang, jenama Malaysia mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan tersendiri untuk ditawarkan. Menyokong produk tempatan adalah satu perkara, namun menawan pengguna menerusi kualiti, kreativiti dan nilai merupakan faktor yang membina keyakinan pengguna untuk jangka panjang.

 

Keyakinan ini juga menjadi asas kepada kerjasama berterusan Lazada dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui inisiatif JOM MALAYSIA, yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk meneroka dan memilih produk tempatan dengan lebih yakin.

“HABIB merupakan contoh terbaik bagaimana jenama Malaysia yang telah lama bertapak mampu terus berinovasi tanpa mengetepikan keistimewaan dan identiti tersendiri. Lebih penting lagi, jenama ini mencerminkan perkara yang ingin kami ketengahkan kepada pembeli mengenai jenama tempatan Malaysia, iaitu jenama-jenama ini mempunyai kualiti, kreativiti dan kepakaran untuk menyerlah atas keupayaan sendiri.

“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengenali jenama-jenama ini dan memilihnya dengan penuh keyakinan, bukan semata-mata kerana produk itu keluaran tempatan, tetapi kerana nilai sebenar yang ditawarkannya,” kata Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan Lazada Malaysia Khairil Ahmad.

Hasrat ini melangkaui kolaborasi tersebut mahupun kempen 11.11. Menerusi LazMall, keterlihatan dalam kempen serta pelbagai kemudahan sokongan kepada penjual, Lazada terus membantu perniagaan Malaysia menjangkau lebih ramai pelanggan, memperkukuh kehadiran dalam talian dan membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

Bagi pembeli, ini bermakna lebih banyak peluang untuk mengenali jenama tempatan yang berpotensi, di samping jenama terkenal yang menjadi pilihan ramai, serta menemukan produk yang wajar dipilih berdasarkan kelebihan dan nilai yang ditawarkan, bukan sekadar kerana asal usulnya.

Dengan kempen Lazada’s 11.11 Biggest Sale of the Year yang berlangsung hingga 13 Nov, pengguna berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik daripada pelbagai jenama, termasuk RM11 All Out Surprise Deals, baucar kempen bernilai sehingga RM1,000, Jualan Kilat dengan diskaun sehingga 90 peratus bagi produk terpilih serta tawaran Stack & Save dengan penjimatan sehingga 50 peratus.

Bagi mereka yang mencari sesuatu yang lebih istimewa, kepingan emas 1 gram eksklusif hasil kolaborasi Lazada dan HABIB, yang mula dilancarkan sempena Jualan Hari Gaji Lazada pada 24 Okt, masih boleh didapati sepanjang kempen 11.11, selagi stok masih ada.

Terhad kepada hanya 500 unit, koleksi ini menawarkan cara unik untuk memiliki atau menghadiahkan sesuatu yang berharga, dengan makna yang melangkaui nilai emas itu sendiri. Pengguna boleh melihat dan mendapatkan koleksi tersebut menerusi pautan https://www.lazada.com.my/i15001775527-s128665950782.html .

-- BERNAMA