Dunia 09/11/2026 02:50 PM

Gempa Bumi 6.4 Magnitud Landa Kepulauan Solomon

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Gempa Bumi 6.4 Magnitud Landa Kepulauan Solomon

ISLAMABAD, 9 Nov (Bernama-Anadolu) -- Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Kepulauan Solomon pada Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gempa berlaku pada 0335 GMT Isnin, kira-kira 27 kilometer (km) barat daya Lata, ibu negeri wilayah Temotu.

Pusat gempa pada kedalaman 25 km itu pada awalnya dikesan di 10.90 darjah selatan dan 165.62 darjah timur.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan infrastruktur.

-- BERNAMA-ANADOLU