Dunia 09/11/2026 01:35 PM

FYP Ke-15 China Pacu Peluang Kerjasama Dalam Sektor Mesra Alam, Kesihatan

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
FYP Ke-15 China Pacu Peluang Kerjasama Dalam Sektor Mesra Alam, Kesihatan
Kredit: CMG

SHANGHAI, 9 Nov (Bernama-CMG) -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kesembilan yang dirasmikan di Shanghai pada 5 Nov lalu mula dibuka kepada orang ramai pada Ahad.

Syarikat pempamer asing yang menyertai ekspo itu menyatakan hasrat untuk meneroka peluang kerjasama baharu menerusi Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 China.

Menurut beberapa usahawan asing, sektor mesra alam dan kesihatan merupakan antara bidang yang berpotensi menawarkan peluang kerjasama baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Eksport Kacang Soya Amerika Syarikat (USSEC) Jim Sutter berkata pihaknya memberi perhatian serius terhadap FYP ke-15 China.

"Saya telah meneliti dokumen FYP ke-15 China dan mendapati terdapat beberapa bidang yang membolehkan industri kacang soya Amerika Syarikat bekerjasama dengan China.

"Saya amat berharap dapat memperkukuh kerjasama dengan China," kata beliau. 

Sementara itu, banyak syarikat asing turut merangka pelan pembangunan baharu bagi mengembangkan operasi mereka di China.

Selain memperluas pelaburan, syarikat berkenaan juga berhasrat menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan untuk meneroka pasaran global.

CEO global syarikat BECHI dari Sepanyol Francisco Javier Galdeano Gomez berkata pihaknya akan terus meningkatkan peruntukan bagi penyelidikan saintifik di China.

"Kami akan mempergiat kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) dan institut penyelidikan di China bagi membawa lebih banyak produk berkualiti ke pasaran negara ini serta menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna tempatan," katanya.

-- BERNAMA-CMG