Am 01/11/2026 03:16 PM

Dua Maut Kemalangan Di MRR2

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Dua Maut Kemalangan Di MRR2

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 23, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), berhampiran Bukit Antarabangsa, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata kejadian kira-kira 12.40 tengah malam itu membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dalam perjalanan dari Taman Melawati menghala ke Cheras.

Beliau berkata kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah Toyota Vellfire.

"Pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu dan seorang penumpang Toyata Vellfire turut cedera dan dihantar ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

-- LAGI

 

POLIS-KEMALANGAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR 

 

Bagaimanapun, pemandu Toyota Vellfire disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, manakala penumpang kenderaan itu masih dirawat.

Khairul Anuar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta saksi kejadian tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video memaparkan kemalangan itu tular di media sosial.

-- BERNAMA