Dunia 21/10/2026 02:06 PM

CMG Anjur Pameran Kemahiran Aplikasi Robot Pintar Pertama Di Nanjing

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
CMG Anjur Pameran Kemahiran Aplikasi Robot Pintar Pertama Di Nanjing
Kredit: CMG

NANJING, 21 Okt (Bernama-CMG) -- Kumpulan Media China (CMG) buat pertama kali menganjurkan Pameran Kemahiran Aplikasi Robot Pintar di Nanjing dengan acara itu dilancarkan di sini pada Selasa.

Lebih 100 model robot pintar yang dikeluarkan oleh lebih 50 syarikat sains dan inovasi dipamerkan pada acara itu.

Sebanyak 10 senario aplikasi robot pintar turut diperkenalkan, meliputi penggunaannya dalam keseluruhan rantaian proses pembuatan pintar, operasi dan penyelenggaraan dalam bidang khusus, perkhidmatan pintar di kawasan pelancongan serta integrasi industri dan pendidikan, sekali gus mendorong Nanjing mempercepat pembangunan sebagai "bandar robotik".

Selain itu, pameran berkenaan juga menyaksikan pemeteraian perjanjian bagi 30 projek kerjasama dengan nilai keseluruhan mencecah RMB5.2 bilion (RM3.2 bilion).

Pameran itu merupakan antara inisiatif inovatif CMG dalam mempraktikkan pendekatan “AI+”. Acara seumpamanya pernah diadakan di Beijing dan Hangzhou sebelum ini.

-- BERNAMA-CMG