BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Belanjawan 2027 Perkukuh Akses Peluang, Pertingkat Kesejahteraan Belia

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 menyediakan landasan komprehensif dalam memperkasakan golongan muda menerusi akses peluang pekerjaan berkualiti, latihan kemahiran berteraskan industri serta jaringan perlindungan sosial yang lebih kukuh.

Setiausaha Agung Persatuan Alumni Fellow Perdana Amir Izzwan Abu Hasan berkata inisiatif belanjawan tersebut merangkumi pelbagai fasa penting yang mampu membina daya tahan belia dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

Beliau berkata antara pemangkin terbesar yang wajar dimanfaatkan sepenuhnya ialah peruntukan RM8 bilion bagi memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), di samping penyediaan akses 16,000 kursus di platform Coursera serta 100,000 langganan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara percuma

Ad Banner
Ad Banner

"Suntikan dana dan kemudahan ini adalah platform terbaik untuk belia melakukan upskilling (peningkatan kemahiran) dan reskilling (pemahiran semula) bagi memastikan kemahiran mereka menepati kehendak industri semasa.

“Program Bakat MADANI yang menyasarkan 30,000 peluang pekerjaan berkualiti tinggi menjelang 2027 juga antara cara kerajaan menitikberatkan kualiti kerjaya yang menawarkan gaji progresif, perlindungan sosial, serta laluan kerjaya yang jelas," katanya ketika menjadi tetamu program Darah Muda terbitan Bernama TV bertajuk “Belanjawan 2027: Sejauh Mana Belia Mendapat Manfaat?” malam ini.

Amir Izzwan berkata belia juga perlu bijak memanfaatkan dasar penstrukturan gaji, khususnya kenaikan kadar gaji minimum kepada RM2,000 yang dijadual berkuat kuasa mulai Julai 2027.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, beliau menyifatkan kelonggaran penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan serta pemberian diskaun bayaran konsisten sebagai “ruang bernafas” yang amat membantu mereka mengurus aliran tunai harian.

Katanya, bagi pekerja dalam sektor ekonomi gig, peluasan pakej sokongan bernilai RM160 juta serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) harus dimanfaatkan sebaiknya untuk mendepani kos sara hidup.

Beliau turut menyarankan agar inisiatif tambahan seperti perumahan sewa mampu milik berhampiran pengangkutan awam serta peluasan pas My50 diterokai untuk mengurangkan beban harian belia bandar.

"Jika peluang sudah tersedia tetapi belia sendiri tidak proaktif merebutnya, ia akan menjadi sia-sia. Belia harus merebut ruang ini untuk melonjakkan kerjaya dan taraf hidup mereka," katanya.

-- BERNAMA