TEHRAN, 28 Nov (Bernama-IRNA) -- Pemain tenis Iran, Ali Yazdani menarik diri daripada perlawanan suku akhir beregu lelaki Jelajah Tenis Dunia ITF di Antalya, Turkiye bagi mengelak daripada berdepan pemain dari rejim Israel, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Yazdani yang bergandingan dengan pemain Rusia, Egor Khotchenkov, mara ke suku akhir pada Khamis dan dianggap antara pencabar utama gelaran beregu susulan prestasi cemerlang pasangan itu pada peringkat awal kejohanan berkenaan.
Bagaimanapun, selepas dijadualkan berdepan pasangan Austria-Israel pada suku akhir Jumaat, Yazdani menarik diri daripada perlawanan itu, sekali gus menyaksikan pasangan berkenaan tersingkir daripada kejohanan.
-- BERNAMA-IRNA