Am 20/11/2026 09:00 PM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX AS

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat mencerminkan prestasi lemah di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2026 susut kepada US$3,574.9 setiap auns troy daripada US$3,731.3 ketika ditutup pada Khamis, kontrak Disember 2026 turun kepada US$3,589.9 daripada US$3,746.3 manakala kontrak Januari 2027 merosot kepada US$3,591.0 daripada US$3,747.4.

Kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 masing-masing berkurang kepada US$3,618.9 setiap auns troy daripada US$3,775.3 ketika ditutup sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 346 lot daripada 185 lot ketika ditutup pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat ketara kepada 417 kontrak daripada 249 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada US$3,709.50 setiap auns troy mengikut penetapan harga pada 19 Nov, 2026 oleh London Bullion Market Association.

-- BERNAMA