Am 14/11/2026 03:34 PM

Fahmi Ucap Takziah Atas Pemergian Pengarah Bahagian Penyelidikan Dan Perancangan Program J-KOM

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Fahmi Ucap Takziah Atas Pemergian Pengarah Bahagian Penyelidikan Dan Perancangan Program J-KOM
Kredit: FB - Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Allahyarham Yosri Abu Mahsin yang meninggal dunia pagi ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Fahmi berkata sepanjang perkhidmatan, Allahyarham telah memikul amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Beliau berkata Allahyarham antara lain pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak serta bertugas di Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat Kementerian Komunikasi. 

“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran itu.

-- BERNAMA