Am 11/11/2026 07:28 PM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu. 

Pada penutup dagangan, kontrak November susut 9.0 mata kepada 1,592.0, kontrak Disember 2026 merosot 10.0 mata kepada 1,592.0, kontrak Mac 2025 berkurang 11.0 mata kepada 1,574.0, dan Jun 2027 turun 4.5 mata kepada 1,581.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 8,429 lot daripada 9,166 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 42,276 kontrak berbanding 44,238 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 8.88 mata kepada 1,595.19 berbanding 1,604.07 ketika ditutup semalam. 

-- BERNAMA