Am 03/11/2026 04:40 PM

DBKL, MAHB Dan KPTM Ungguli Festival Permainan Malaysia 2026

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
DBKL, MAHB Dan KPTM Ungguli Festival Permainan Malaysia 2026
“Raja di Julang” merupakan antara permainan tradisional yang mencuri perhatian

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)  dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Sukan Tradisional Malaysia (SUTRA) menganjurkan Festival Permainan Malaysia (FPM 2026) yang akan berlangsung pada  29 Oktober hingga 1 November 2026 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Edisi ke-11 sejak diperkenalkan pada tahun 2015, Festival Permainan Malaysia Kuala Lumpur (FPM) 2026 terus mengetengahkan permainan tradisional sebagai teras penganjuran, di samping menawarkan pelbagai aktiviti seni budaya, pameran, demonstrasi, rekreasi dan jualan dalam memperkukuh cultural and experiential tourism.