KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya rendah pada sesi awal hari ini menjejaki prestasi pasaran tunai.
Pada 9.45 pagi, kontrak Oktober 2026 susut 3.5 mata kepada 1,592.5, November 2026 merosot 1.5 mata kepada 1,594.5, Disember 2026 turun 2.5 mata kepada 1,600.0, manakala Mac 2027 tidak berubah pada 1,585.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,922 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,916 kontrak.
Selepas 45 minit dagangan, FBM KLCI susut 0.34 mata kepada 1,599.24 berbanding paras 1,599.58 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA