Am 16/10/2026 01:54 PM

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan berterusan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.75 mata mewakili 0.66 peratus kepada 1,612.95 daripada paras 1,623.70 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu yang dibuka 1.13 mata lebih tinggi pada 1,624.83 bergerak dalam lingkungan 1,611.74 dan 1,626.34 sepanjang sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran secara meluas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 520 berbanding 414, manakala 438 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,471 kaunter tidak diniagakan dan 33 kaunter digantung dagangan.

Jumlah dagangan mencecah 1.90 bilion unit bernilai RM1.43 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan indeks penanda aras itu bergerak dalam julat kecil antara 1,615 dengan 1,625 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut sembilan sen kepada RM9.99, Public Bank meningkat lapan sen kepada RM4.82, manakala CIMB merosot 17 sen kepada RM7.31.

Tenaga Nasional tidak berubah pada RM12.98, manakala IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM7.99.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI susut setengah sen kepada enam sen, EGH International berkurangan dua sen kepada 14 sen, manakala Ni Hsin turun satu sen kepada 41.5 sen.

VS Industry pula meningkat 1.5 sen kepada 34.5 sen, manakala Top Glove menambah satu sen kepada 91 sen.

Dalam kalangan saham paling untung, Vitrox melonjak 38 sen kepada RM10.70, Petronas Dagangan menokok 28 sen kepada RM19.48, manakala Pekat Group dan Malaysian Pacific Industries masing-masing meningkat 22 sen kepada RM2.75 dan RM40.62.

Pentamaster Corporation pula menambah 20 sen kepada RM5.60.

Nestle mendahului senarai saham paling rugi apabila susut 84 sen kepada RM89.66, diikuti Press Metal Aluminium yang merosot 51 sen kepada RM6.66.

Kuala Lumpur Kepong turun 42 sen kepada RM20.68, Petronas Gas susut 26 sen kepada RM17.34, manakala Dutch Lady Milk Industries berkurangan 24 sen kepada RM29.04.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 meningkat 48.61 mata kepada 17,228.35, manakala Indeks FBM Emas susut 41.60 mata kepada 12,031.91 dan Indeks FBM Top 100 merosot 49.84 mata kepada 11,826.02.

Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 44.73 mata kepada 11,957.81, manakala Indeks FBM ACE melonjak 103.96 mata kepada 5,414.86.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.46 mata kepada 174.46, Indeks Perladangan merosot 120.24 mata kepada 8,723.63, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 35.51 mata kepada 18,791.13.

Sementara itu, Indeks Tenaga meningkat 0.75 mata kepada 823.62.

-- BERNAMA