Am 15/10/2026 07:31 PM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Kenaikan COMEX

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Kenaikan COMEX

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 meningkat kepada US$4,163.80 setiap auns troy daripada US$4,148.60 pada Rabu manakala kontrak November 2026 naik kepada US$4,180.40 daripada US$4,165.30.

Kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing berkembang kepada US$4,196.90 setiap auns troy daripada US$4,181.80 sebelumnya.

Jumlah dagangan bertambah kepada 82 lot daripada 69 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 161 kontrak daripada 150 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,089.25 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 14 Okt, 2026.

-- BERNAMA