5jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM35.82 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026 ,daripada RM24.26 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Emits Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE mencatat lebihan langganan sebanyak 6.4 kali menjelang penyenaraiannya pada 1 Dis, 2026.
9jam ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur kekal berhati-hati susulan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat pada mesyuarat bulan depan.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- SCGM Bhd hari ini menyelesaikan pelan regularisasinya susulan penyenaraian dan sebut harga 569.70 juta saham baharu di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- EMPG Group Bhd (EMPG Group) dijangka meraih kira-kira RM34.05 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Secutiries Bhd (Bursa Malaysia) yang dijadualkan pada 21 Disember 2026.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Rakyat masih dapat menikmati kestabilan harga dan dilindungi daripada kejutan ekonomi global menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan meskipun negara berdepan cabaran ekonomi global paling serius sejak krisis kewangan 2008.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Usaha mengawal premium insurans perubatan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah peningkatan kos penjagaan kesihatan, memandangkan kos asas bagi rawatan itu sendiri juga perlu ditangani, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour,
2hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu, para pelabur mungkin akan memantau dengan teliti data ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) serta perkembangan berkaitan prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS.
2hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan agak positif berbanding dolar AS minggu depan menjelang pengumuman data ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) yang dijangka memberikan petunjuk seterusnya mengenai prospek dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed).
2hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menunjukkan trend menurun minggu hadapan, berikutan pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang penting.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Prestasi perdagangan mengekalkan trajektori peningkatan yang kukuh pada Oktober 2026, mencatatkan pencapaian bersejarah, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai ekonomi yang berdaya tahan dan semakin pelbagai, meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi menentukan sama ada mana-mana cip yang dibawa masuk ke Malaysia dari atau melalui Malaysia telah dieksport semula ke negara lain.