Terdapat 149 berita berdasarkan kata kunci carian "pendapatan"

OCK Group Beli Kepentingan Ekuiti Dalam Unit Edotco Dengan Bayaran Awal RM327.8 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- OCK Group Bhd merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke Kemboja melalui pembelian keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Edotco Holdings (Labuan) Ltd (EHL) daripada Edotco Group Sdn Bhd dengan pertimbangan tunai awal sebanyak US$81 juta (RM327.80 juta).

KJTS Group peroleh Subkontrak Baharu Pusat Data Bernilai RM68 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh KJTS Group Bhd, KJ Technical Services Sdn Bhd (KJTS SB) menerima satu lagi subkontrak daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd (GESB) bagi projek pusat data berskala besar bernilai RM68 juta.

Keuntungan Bersih KSL Suku Ketiga Meningkat 3.0 Peratus Kepada RM104.94 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KSL Holdings Bhd meningkat 3.0 peratus kepada RM104.94 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2026, berbanding RM101.86 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

KLCCP Stapled Group Catat Untung Bersih RM203.87 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih RM203.87 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 berbanding RM209.12 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

AirAsia Group Catat Kerugian Bersih Suku Ketiga RM175.11 Juta Akibat Kenaikan Harga Bahan Api Jet

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd mencatatkan kerugian bersih RM175.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 terutamanya disebabkan harga bahan api jet yang lebih tinggi akibat ketegangan geopolitik yang meningkat susulan konflik di Asia Barat.

Jualan Kenderaan Diunjur Berkembang 2.2 Peratus Pada 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 2.2 peratus dalam jualan kenderaan baharu di Malaysia yang juga dikenali sebagai jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 815,000 unit pada 2026.

Rakyat Terus Dilindungi Daripada Kejutan Ekonomi Global Melalui Pelbagai Inisiatif Kerajaan

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Rakyat masih dapat menikmati kestabilan harga dan dilindungi daripada kejutan ekonomi global menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan meskipun negara berdepan cabaran ekonomi global paling serius sejak krisis kewangan 2008. 

Maybank Peruntuk RM100 Juta Bagi iTEKAD Hingga 2030

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memperuntukkan RM100 juta dalam program iTEKAD bagi tempoh lima tahun sehingga 2030 bagi membantu usahawan mikro mendapat akses kemudahan kewangan untuk meningkatkan mobiliti ekonomi.

Wasco Bakal Lupus Bahagian Kejuruteraan Dan Fabrikasi Kepada NMDC Energy Pada Harga RM782.2 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Wasco Bhd telah mencadangkan untuk melupuskan bahagian kejuruteraan dan fabrikasi (EFD) kepada NMDC Energy PJSC (NMDC Energy) pada harga US$192.8 juta (RM782.2 juta) secara tunai.

Kutipan Hasil Cukai GMT Hanya Diperoleh Selepas Jun 2027 - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Kutipan hasil cukai di bawah Cukai Minimum Global atau Global Minimum Tax (GMT) hanya akan diperoleh selepas Jun 2027, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. 

MN Holdings Raih Kontrak Sulung EPCC Solar Bernilai RM1.12 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- MN Holdings Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, MN Utilities Engineering Sdn Bhd (MNUESB), memeterai kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM1.12 bilion.