3jam ago
JOHOR BAHRU, 31 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti lokasi rasmi bagi majlis pelancaran Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), dengan Perak menjadi antara destinasi yang dipertimbangkan sempena ‘Pemukiman Pemimpin Tahunan’ kedua-dua negara itu yang dijadualkan 4 Disember ini.
10jam ago
KUCHING, 31 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, AirBorneo hari ini secara rasmi membuka jualan tiket bagi laluan terus baharunya yang menghubungkan Kuching dengan ibu negara Indonesia, Jakarta bermula 13 November.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Rangkaian farmasi runcit Big Caring Group Bhd (BCG) menyasarkan untuk mengumpul RM637.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
2hari ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
SHENZHEN, 29 Okt (Bernama) -- Tencent Cloud komited untuk terus melabur di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan memperkukuh infrastruktur rantau awan sedia ada, kata Pengurus Besar Tencent Cloud International dan Tencent Cloud Malaysia, Nucky Fang.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Fitch Ratings mengunjurkan industri kewangan Islam Malaysia melebihi US$800 bilion (US$1 = RM4.08) pada akhir suku ketiga 2026 dengan pertumbuhan dijangka berterusan, disokong oleh pasaran domestik yang kukuh, ekosistem yang matang serta sokongan dasar menerusi Belanjawan 2027.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelanggan Hong Leong Bank Bhd (HLB) kini boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR di lebih 120 juta titik penerimaan pembayaran UnionPay dan Weixin Pay di seluruh China menerusi aplikasi HLB Connect, susulan kerjasama strategik dengan UnionPay International (UPI).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- HCK Capital Group Bhd membuka galeri jualan bagi Hiijauan Heights, pembangunan perbandaran bercampur-campur berstatus pegangan bebas seluas 35.26-ekar (14.26-hektar) di Semenyih, Selangor, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.3 bilion.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- MyDCD Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM187.6 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Nov 2026.
7hari ago
SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) -- Industri insurans dan takaful negara terus memperkukuh usaha meningkatkan keterangkuman kewangan menerusi pelancaran MyCoverageOKU, sebuah platform digital yang menyediakan akses lebih mudah kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
7hari ago
SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) -- Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) memperkukuh perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan dengan melancar hab membaiki badan dan cat kenderaan pertamanya di Glenmarie, di sini semalam.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor (AiSEM@Selangor) 2026 berpotensi mencatatkan nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak RM430 juta dan menarik 23,333 kunjungan sepanjang empat hari penganjurannya sebelum melabuhkan tirai pada 17 Okt, 2026.