4jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM35.82 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026 ,daripada RM24.26 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
6jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, dipengaruhi dengan harga minyak sayuran yang lemah, permintaan eksport yang lembap dan kebimbangan mengenai paras inventori minyak sawit Malaysia yang tinggi, kata seorang peniaga.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pemegang saham Public Financial Holdings Ltd (PFHL) hari ini meluluskan skim penyusunan di bawah cadangan penswastaan syarikat itu oleh Public Bank Bhd.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- OCK Group Bhd merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke Kemboja melalui pembelian keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Edotco Holdings (Labuan) Ltd (EHL) daripada Edotco Group Sdn Bhd dengan pertimbangan tunai awal sebanyak US$81 juta (RM327.80 juta).
6jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- iCents Group Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya VC Engineering Sdn Bhd dan Maytech Cleanroom Manufacturing Sdn Bhd memperoleh tiga kontrak bernilai keseluruhan RM85.69 juta dalam sektor pusat data dan semikonduktor.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd merancang menjual 15.64 peratus kepentingan ekuitinya dalam Edotco Group Sdn Bhd kepada Pulau Kendi Investments Ltd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, pada harga RM659.4 juta.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) industri aeroangkasa negara menjana RM13 bilion pada 2025, bersamaan 40 peratus daripada keseluruhan hasil industri dan disokong oleh 12,000 tenaga kerja mahir.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM106.31 juta daripada RM93.91 juta pada suku yang sama tahun lepas.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Emits Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE mencatat lebihan langganan sebanyak 6.4 kali menjelang penyenaraiannya pada 1 Dis, 2026.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh KJTS Group Bhd, KJ Technical Services Sdn Bhd (KJTS SB) menerima satu lagi subkontrak daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd (GESB) bagi projek pusat data berskala besar bernilai RM68 juta.