6jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- OCK Group Bhd merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke Kemboja melalui pembelian keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Edotco Holdings (Labuan) Ltd (EHL) daripada Edotco Group Sdn Bhd dengan pertimbangan tunai awal sebanyak US$81 juta (RM327.80 juta).
8jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh KJTS Group Bhd, KJ Technical Services Sdn Bhd (KJTS SB) menerima satu lagi subkontrak daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd (GESB) bagi projek pusat data berskala besar bernilai RM68 juta.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KSL Holdings Bhd meningkat 3.0 peratus kepada RM104.94 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2026, berbanding RM101.86 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih RM203.87 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 berbanding RM209.12 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd mencatatkan kerugian bersih RM175.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 terutamanya disebabkan harga bahan api jet yang lebih tinggi akibat ketegangan geopolitik yang meningkat susulan konflik di Asia Barat.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 2.2 peratus dalam jualan kenderaan baharu di Malaysia yang juga dikenali sebagai jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 815,000 unit pada 2026.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Rakyat masih dapat menikmati kestabilan harga dan dilindungi daripada kejutan ekonomi global menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan meskipun negara berdepan cabaran ekonomi global paling serius sejak krisis kewangan 2008.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memperuntukkan RM100 juta dalam program iTEKAD bagi tempoh lima tahun sehingga 2030 bagi membantu usahawan mikro mendapat akses kemudahan kewangan untuk meningkatkan mobiliti ekonomi.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Wasco Bhd telah mencadangkan untuk melupuskan bahagian kejuruteraan dan fabrikasi (EFD) kepada NMDC Energy PJSC (NMDC Energy) pada harga US$192.8 juta (RM782.2 juta) secara tunai.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Kutipan hasil cukai di bawah Cukai Minimum Global atau Global Minimum Tax (GMT) hanya akan diperoleh selepas Jun 2027, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- MN Holdings Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, MN Utilities Engineering Sdn Bhd (MNUESB), memeterai kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM1.12 bilion.