13jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meraih anugerah dalam kategori Pelaburan pada Pensions & Investments (P&I) WorldPensionSummit Excellence & Innovation Awards menerusi inisiatif Dana Pemacu bernilai RM6 bilion.
14jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS pada minggu depan ketika para pelabur menilai prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bitdeer Technologies Group (Bitdeer) menyatakan hasrat untuk terus melabur di Malaysia kerana yakin dengan hala tuju dan dasar Kerajaan MADANI dalam melaksanakan transformasi digital.
2hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
PETALING JAYA, 5 Nov (Bernama) – Apabila penipuan digital semakin mengancam pengguna dalam talian, CelcomDigi Bhd mengambil inisiatif dengan mengesan 260 juta panggilan yang disyaki penipuan selain menyekat 22 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap bulan bagi memperkukuh perlindungan pelanggan.
2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhan dengan ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Khamis, selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
2hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus adalah wajar, mengambil kira pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan serta inflasi yang terkawal.
3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi lebih kukuh di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memaklumkan perancangan sistem yang bersepadu semakin penting susulan meningkatnya permintaan elektrik daripada pusat data dan industri bernilai tinggi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa agar aspek seperti membuat keputusan tepat pada masanya, penyelarasan perancangan lebih baik serta kemampuan menyediakan infrastruktur sistem elektrik dapat dilaksanakan bagi mengelak sebarang kekangan yang boleh menjejaskan pertumbuhan negara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Kejelasan matlamat projek, kesediaan pelaburan dan daya maju komersial menjadi pemangkin dalam merealisasikan potensi tenaga boleh baharu ASEAN menerusi pembangunan hubungan bekalan elektrik rentas sempadan yang mampan, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
4hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan Kertas Strategi bagi memajukan penggunaan kontrak syariah untuk ekonomi yang lebih produktif dan inklusif, sejajar dengan objektif syariah.