BERITA TERKINI   Peguam Negara mohon menghadap Agong bagi memohon maaf dan zahir pendirian patuhi Perintah Pengampunan Bersyarat Najib - PMO | 

BNM Terbit Kertas Strategi Untuk Majukan Penggunaan Kontrak Syariah

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan Kertas Strategi bagi memajukan penggunaan kontrak syariah untuk ekonomi yang lebih produktif dan inklusif, sejajar dengan objektif syariah. 

Bank pusat itu melalui satu kenyataan hari ini berkata Kertas Strategi setebal 23 muka surat itu menetapkan hala tuju BNM untuk memajukan aplikasi kontrak syariah yang bertujuan dan pelbagai dalam menangani keperluan pembiayaan, pelaburan serta perlindungan yang semakin berkembang. 

“Ia bertujuan untuk meluaskan rangkaian penyelesaian patuh syariah yang berdaya maju dan mengukuhkan sumbangan kewangan Islam ke arah aktiviti ekonomi yang produktif, penciptaan nilai mampan serta hasil masyarakat yang positif,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

 

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner