Terdapat 854 berita berdasarkan kata kunci carian "bsp"

Kerajaan Laksana Pelbagai Usaha Capai Harga Getah Rm5 Sekilogram Di Peringkat Ladang

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan terus berusaha merealisasikan sasaran harga getah RM5.00 sekilogram di peringkat ladang melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program yang bersesuaian serta berterusan.

Wasco Catat Untung Bersih RM29.60 Juta Pada Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Wasco Bhd (Wasco) merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM29.60 juta bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2026 (S3 2026) berbanding RM34.65 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Niaga Hadapan MSM Melantun Semula Susulan Belian Harga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh belian harga rendah berikutan penjualan mendadak baru-baru ini, kata seorang peniaga.

Eksport Perkhidmatan Pusat Data Lonjak Kepada RM11.7 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Eksport perkhidmatan pusat data negara melonjak kepada RM11.7 bilion pada 2025 berbanding RM2.8 bilion pada 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Niaga Hadapan Emas Susut, Jejak Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) di Amerika Syarikat.

Empat Tahun Pentadbiran: Kerajaan MADANI Perkukuh Asas Ekonomi Negara – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinan yang tinggi bahawa Kerajaan MADANI berjaya membina asas yang lebih kukuh untuk Malaysia meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan kedudukan kewangan negara yang terbatas.

Keuntungan Bersih Suku Pertama Southern Score Lonjak Kepada RM32.81 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih suku pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 Southern Score Builders Bhd melonjak kepada RM32.81 juta berbanding RM15.02 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelum ini.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa ditengah-tengah pendekatan berhati-hati pelabur menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada 8-9 Disember 2026.

Kerajaan Perkenal Sistem Penandaan Digital Rokok Mulai 1 Jan 2027, Ganti Setem Cukai Fizikal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan sistem teknologi penandaan digital ke atas rokok bagi menggantikan penggunaan setem cukai fizikal berkuat kuasa 1 Jan, 2027, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. 

Bursa Malaysia Meningkat Semula, Akhiri Penurunan Lima Hari Berturut-turut

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, mencatatkan peningkatan semula dan mengakhiri penurunan selama lima hari berturut-turut sejajar dengan sentimen positif di pasaran serantau susulan pelantikan semula Jensen Huang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa. 

MOF Unjur Kutipan Cukai Langsung Bersih RM199 Bilion Tahun Depan -- LHDN

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mengunjurkan kutipan cukai langsung bersih kira-kira RM199 bilion pada 2027 dengan pertumbuhan kutipan sekitar enam peratus setahun berdasarkan perkembangan ekonomi dan industri, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).