BERITA TERKINI   PRN Sarawak: Datuk Bandar Kuching Selatan Wee Hong Seng calon GPS di Pending - Abang Johari | PRN Sarawak: GPS calonkan lima wanita, berbanding empat pada PRN lepas - Abang Johari | Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing pertahan kerusi Dudong | PRN Sarawak : Premier Sarawak Abang Johari pertahan kerusi Gedong | PRN Sarawak: GPS tampil 11 muka baharu daripada keseluruhan 82 calon - Abang Johari | 

MAG Beli 10 Pesawat Boeing 787 Dreamliner, Dengan Pilihan Enam Pesawat Tambahan - Kapten Nasaruddin

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) membeli 10 pesawat Boeing 787 Dreamliner secara terus daripada Boeing dengan pilihan enam buah pesawat tambahan, sebagai sebahagian daripada strategi pemodenan kumpulan pesawatnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Kapten Nasaruddin A Bakar berkata Malaysia Airlines akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang mengendalikan varian pesawat 787 Dreamliner itu. 

Katanya pemilihan itu melalui proses penilaian yang menyeluruh dan pesawat 787 Dreamliner merupakan pilihan yang paling sesuai untuk syarikat penerbangan nasional.

Ad Banner

“Ia menawarkan kapasiti, fleksibiliti dan kecekapan yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang kami.

“Lebih penting lagi, ia membolehkan kami untuk terus meningkatkan pengalaman yang ditawarkan kepada pelanggan selain memperkukuh daya saing kami dalam pasaran antarabangsa utama,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pertukaran dokumen pembelian pesawat badan lebar untuk penerbangan jarak jauh Malaysia Aviation Group di sini.

Ad Banner
Ad Banner

Kapten Nasaruddin berkata pembelian pesawat itu juga akan menyokong penggantian secara berperingkat tujuh buah pesawat Airbus A350 milik MAG, yang dijangka dihentikan penggunaannya antara 2032 dan 2035, sebagai sebahagian daripada program pemodenan pesawat kumpulan itu yang lebih menyeluruh.

Dikuasakan oleh enjin GEnx daripada GE Aerospace, pesawat itu dijadualkan untuk serahan antara 2032 dan 2035.

Turut hadir menyaksikan majlis pertukaran dokumen itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

-- BERNAMA