BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka meningkat pada sesi awal hari ini.

Pada 9.30 pagi, kontrak bulan semasa Oktober 2026 meningkat 5.5 mata kepada 1,619.5, November 2026 dan Mac 2027 masing-masing naik 8.5 mata kepada 1,621.5 dan 1,610.5 manakala Disember 2026 menokok 7.5 mata kepada 1,624.5.

Jumlah dagangan sebanyak 3,079 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 51,067 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, selepas 50 minit dagangan dijalankan, indeks penunjuk utama FBM KLCI naik 4.83 mata kepada 1,618.70 daripada paras penutup 1,613.87, semalam.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner