BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

BNM, IsDB Bincang Kerjasama Masa Depan Dalam Kewangan Islam, Pembangunan Mampan

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) Dr Muhammad Al Jasser bagi membincangkan kerjasama semasa dan masa depan antara kedua-dua institusi itu.

Kerjasama berkenaan merangkumi usaha memperkukuh ekosistem kewangan Islam global serta memajukan keutamaan pembangunan bersama.

“Pertemuan itu menekankan kepentingan perkongsian antarabangsa dalam menghubungkan kepakaran, menggembleng sumber kewangan dan memperluas pelaksanaan penyelesaian berimpak tinggi di negara anggota,” menurut BNM dalam hantaran di Instagram hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

BNM turut menyatakan komitmennya untuk meneruskan kerjasama dengan IsDB bagi memperkasa kewangan Islam sebagai pemangkin pembangunan ekonomi mampan yang memberikan impak bermakna.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner