BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur Susulan Harga Minyak Susut, Gangguan Bekalan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini berikutan penurunan harga minyak dan gangguan bekalan di negara pengeluar getah utama, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh prestasi ekonomi China yang lebih perlahan, khususnya jualan kereta domestik pada 2026 yang lebih rendah daripada jangkaan.

Ad Banner
Ad Banner

Harga minyak susut pada Isnin apabila usaha diplomatik untuk meredakan konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran mengurangkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan selanjutnya, meskipun serangan Houthi terhadap Arab Saudi yang berterusan mengekalkan risiko geopolitik.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh gangguan bekalan akibat cuaca di negara pengeluar getah utama serta aktiviti ekonomi Amerika Syarikat yang menggalakkan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sentimen niaga hadapan getah Jepun kekal stabil, dengan aliran menaik keseluruhan masih utuh ketika pedagang menimbang kesan gangguan bekalan akibat cuaca di kawasan pengeluaran utama berbanding penurunan harga minyak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia Standard 20 (SMR 20) yang ditetapkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) susut lima sen kepada 1,037 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat setengah sen kepada 799 sen sekilogram.

-- BERNAMA