BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.  

Pada 9.30 pagi, kontrak Oktober 2026 menurun 2.5 mata kepada 1,605.0, November dan Disember 2026, masing-masing berkurangan 4.0 mata kepada 1,605.0 dan 1,611.0 serta Mac 2027 menyusut 3.5 mata kepada 1,596.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,305 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,322 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Selepas 47 minit dagangan, FBM KLCI menurun 5.50 mata kepada 1,606.06 daripada 1,611.56 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner