BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Yinson Production, PTSC Raih Minyak Pertama Di Medan Lac Da Vang

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Unit perniagaan pengeluaran luar pesisir Yinson Holdings Bhd, Yinson Production Offshore Pte Ltd dan PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC) telah mencapai minyak pertama di medan Lac Da Vang (LDV) luar pesisir Vietnam, lebih awal daripada jadual.

Kapal penyimpanan dan pemunggahan terapung (FSO), FSO PTSC LDV, mencipta kejayaan itu pada 27 Sept lepas. lebih awal daripada jadual suku keempat 2026 yang dimaklumkan sebelum ini, katanya melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Production, Flemming Guiducci Grønnegaard berkata pencapaian itu mencerminkan kerjasama yang kukuh, kecemerlangan teknikal dan komitmen bersama terhadap keselamatan di kalangan Yinson Production, rakan usaha sama PTSC serta pelanggannya, Murphy Oil Corporation.

Ad Banner
Ad Banner

“Kami berharap dapat menyampaikan operasi yang selamat, boleh dipercayai dan berjaya, bersama dengan rakan kongsi kami untuk tahun-tahun yang akan datang,” katanya.

Pembangunan lapangan itu dijangka meningkat sehingga 2028 apabila telaga tambahan memulakan pengeluaran, menyediakan sumber pengeluaran baharu yang penting untuk menyokong sektor tenaga Vietnam yang semakin berkembang.

FSO PTSC LDV disewa kepada Murphy Cuu Long Bac Oil Co Ltd, anak syarikat milik penuh Murphy Oil Corporation, di bawah kontrak firma 10 tahun dengan opsyen lanjutan sehingga lima tahun.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Yinson Production kini mengendalikan armada 11 kapal, dengan tempahan dalam tangan lebih kurang US$19 bilion yang berlanjutan sehingga 2050 dengan kehadiran di 12 negara.

-- BERNAMA