BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Jejaki Penyusutan Di COMEX

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, mencerminkan penurunan harga di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

Pada akhir dagangan, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$4,027.60 setiap auns troy daripada US$4,085.30 pada Khamis manakala November 2026 menyusut kepada US$4,043.60 daripada US$4,101.90 semalam.

Sementara itu, Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing menurun kepada US$4,059.20 setiap auns troy daripada US$4,117.90 sebelum ini.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan menyusut kepada 85 lot daripada 161 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menurun kepada 163 kontrak berbanding 238 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,048.25 setiap auns troy semasa penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 22 Okt 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner