BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Pasaran Getah Meningkat, Disokong Jualan Kereta EU

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup meningkat pada Jumaat, disokong jualan kereta Kesatuan Eropah (EU) yang lebih kukuh pada September, meskipun niaga hadapan getah serantau mencatat pergerakan bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong pemulihan pengeluaran tayar di China, kenaikan harga minyak mentah dan keadaan pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) yang stabil.

Ad Banner
Ad Banner

“Pendaftaran kereta di EU meningkat 9.3 peratus tahun ke tahun kepada 971,048 unit pada September, didorong permintaan terhadap kenderaan elektrik dan hibrid,” katanya kepada Bernama.

Di China, kadar operasi pengeluaran tayar separa keluli dan semua keluli masing-masing meningkat kepada 64.78 peratus dan 57.70 peratus, sekali gus menyokong prospek permintaan getah, katanya.

“Tuntutan awal faedah pengangguran di AS pula susut 6,000 kepada 194,000, mencerminkan kestabilan pasaran buruh yang berpotensi menyokong perbelanjaan pengguna,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) Lembaga Getah Malaysia meningkat 7.5 sen kepada 1,042 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik empat sen kepada 798.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA