BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 2-0 Terengganu FC | Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diberi perhatian serius - PM Anwar | Malaysia, Thailand muktamad rundingan lebarkan muara Sungai Golok dalam tempoh sebulan - PM Anwar | ADUN Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad meninggal dunia pada 4.26 petang ini di Kangar - Ketua Penerangan PAS Perlis | 

Unit Harbour-Link Peroleh Dua Kapal Kontena Bernilai RM56.68 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Harbour-Link Lines Sdn Bhd iaitu anak syarikat 85 peratus milik Harbour-Link Group Bhd (Harbour-Link Group) memeterai dua perjanjian jual beli berasingan dengan Sapor Shipbuilding Industries Sdn Bhd untuk memperoleh dua kapal bernilai RM56.68 juta. 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Harbour-Link Group menyatakan hasratnya untuk memperoleh dua unit kapal kontena berkuasa sendiri sepanjang 90 meter daripada Sapor Shipbuilding.

“Pembelian dua kapal itu adalah selaras dengan rancangan pengembangan Harbour-Link Group untuk meningkatkan kapasiti armada lautnya, menambah baik kecekapan operasinya, dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan pengangkutan kontena di rantau ini.

Ad Banner
Ad Banner

“Langkah ini dijangka tidak memberi sebarang kesan material terhadap hasil Harbour-Link Group bagi tahun kewangan semasa,” katanya. 

Bagaimanapun, menurut syarikat itu, pengoperasian kapal tersebut selepas penyerahannya dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan dan pendapatan sesaham.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner