Politik 29/11/2026 08:16 PM

PRN Sarawak: Ketua Cabang PKR Sarikei Lepas Jawatan Parti Sebelum Bertanding Bebas

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
PRN Sarawak: Ketua Cabang PKR Sarikei Lepas Jawatan Parti Sebelum Bertanding Bebas
Bruce Yee Chin Kui (Kredit: FB Bruce Yee)

KUCHING, 29 Nov (Bernama) -- Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarikei Bruce Yee Chin Kui meletakkan jawatan dalam parti itu sebelum bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Mahmud Epah mengesahkan peletakan jawatan Yee yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan.

“Beliau telah letak jawatan sebelum hari penamaan calon (28 Nov),” katanya kepada Bernama.

Pada 24 Nov lepas, PKR Sarawak memutuskan untuk tidak bertanding pada PRN Sarawak ke-13 bagi menghormati semangat kerjasama dan muafakat politik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Perpaduan.

Yee mencabar penyandang Tan Sri Wiliam Mawan Ikom (GPS) dan seorang lagi calon bebas Jamal Abdullah @ Tedong Gunda di DUN Pakan.

SPR menetapkan 8 Dis sebagai hari pengundian awal manakala hari pengundian pada 12 Dis.

Dapatkan berita terkini PRN Sarawak ke-13 menerusi https://election.bernama.com/prn/sarawak/2026/. 

-- BERNAMA