Am 25/11/2026 09:45 AM

Amaran Ribut Petir Di Sarawak Hingga 11 Pagi

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Amaran Ribut Petir Di Sarawak Hingga 11 Pagi

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak hingga 11 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Selangau di Sibu, Tatau dan Bintulu, Mukah serta Subis dan Miri.

Amaran cuaca itu dikeluarkan menerusi kenyataan pada 9 pagi ini.

-- BERNAMA