Politik 14/11/2026 05:21 PM

PRN Melaka: Adly Zahari Selesai Mengundi Di Durian Tunggal

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
PRN Melaka: Adly Zahari Selesai Mengundi Di Durian Tunggal
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari, yang mempertahankan kerusi berkenaan dalam saingan empat penjuru, selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.

MELAKA, 14 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari selesai mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, di sini, pada 4.13 petang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka itu yang mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, hadir bersama-sama isterinya Dalilah Awaludin.

DUN Durian Tunggal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH Datuk Ashraf Mukhlis Minghat dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mustafa Musa.

Sementara itu, Adly menyeru rakyat Melaka khususnya golongan muda yang belum menunaikan tanggungjawab mereka, supaya keluar mengundi sebelum pusat mengundi ditutup pada 6 petang ini.

Beliau berkata peluang mengundi pada pilihan raya berkenaan amat bermakna, terutama bagi golongan muda yang pertama kali berpeluang memilih wakil rakyat, untuk penggal yang seterusnya.

“Jadi ambillah pengalaman itu kerana ia adalah tentang masa depan negeri kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi.

Adly yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Katil berdepan persaingan empat penjuru, dicabar calon Perikatan Nasional Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, Dr Aliza Che Amran (Parti Bersama Malaysia) dan Abu Bakar Sabudin (Bebas).

Dapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16 menerusi https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/

– BERNAMA