KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Menurut kenyataan itu, gempa bumi berkenaan berlaku pada kedudukan 3.2° utara dan 92.7° timur, kira-kira 364 kilometer (km) barat dari Simeulue, Indonesia.
MetMalaysia turut memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 70 km.
-- BERNAMA