Am 07/11/2026 08:11 PM

Kepelbagaian, Keharmonian Tunjang Kekuatan Malaysia - Ahmad Zahid

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Kepelbagaian, Keharmonian Tunjang Kekuatan Malaysia - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kepelbagaian yang dimiliki Malaysia mengajar semua pihak untuk terus berkongsi kegembiraan, saling menghormati dan menjaga hubungan sesama masyarakat.

Bersempena dengan sambutan Deepavali yang diraikan esok, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat agar terus memelihara keharmonian kerana ia merupakan tunjang kekuatan sebenar negara.

“Inilah keindahan Malaysia yang kita cintai,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.

“Happy Deepavali saya ucapkan buat semua yang menyambutnya. Semoga sambutan tahun ini membawa kebahagiaan dan kenangan yang indah bersama keluarga serta insan tersayang,” katanya.

-- BERNAMA