Am 07/11/2026 07:39 PM

PM Anwar Ucap Selamat Deepavali, Seru Perkukuh Perpaduan

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
PM Anwar Ucap Selamat Deepavali, Seru Perkukuh Perpaduan
fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Sambutan Deepavali perlu dijadikan wadah untuk mempererat perpaduan, merapatkan jurang antara kaum serta menyemai nilai ihsan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam masyarakat majmuk yang berteraskan kepelbagaian budaya dan tradisi, nilai saling menghormati, memahami dan menerima perbezaan perlu terus diperkukuhkan.

“Semoga Deepavali kali ini menyuntik semangat baharu untuk membina pemikiran yang lebih terbuka, murni dan progresif, sekali gus mengangkat martabat rakyat serta memperkukuh keharmonian negara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat yang meraikannya, serta berharap perayaan itu membawa kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan.

“Deepavali hadir membawa sinar kegembiraan, menyemarakkan semangat ‘pesta cahaya’ yang melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan keburukan serta ilmu membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan dan keangkuhan.

“Deepavali Nalvaalthukkal!,” kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA