Am 22/10/2026 08:05 PM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan COMEX AS

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis menjejaki penyusutan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

Pada akhir dagangan hari ini, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$4,085.30 bagi setiap auns troy daripada US$4,126.10 pada Rabu manakala November 2026 berkurangan kepada US$4,101.90 daripada US$4,142.70 sebelumnya.

Selain itu, Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing menurun kepada US$4,117.90 setiap auns troy daripada US$4,158.70 sebelum ini.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 161 lot daripada 62 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 238 kontrak daripada 141 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,127.40 setiap auns troy berdasarkan penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 21 Okt 2026.

-- BERNAMA